rempitbaik.blogspot.com: Mat Rempit dibaling kayu
Google

Wednesday, April 2, 2008

Mat Rempit dibaling kayu

http://i97.photobucket.com/albums/l235/skylinez_boyz/1.jpg

SUNGAI PETANI: Gara-gara berlumba secara haram, seorang Mat Rempit patah kaki kanannya apabila motosikal ditunggangnya terbalik selepas terkena kayu dibaling oleh penduduk kampung yang berang, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 9.30 malam di Jalan Lencongan Timur, dekat Kampung Padang Temusu, di sini, ketika mangsa berusia 20-an bersama beberapa rakannya berlumba sambil melakukan aksi berbahaya.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, gelagat Mat Rempit dan rakannya berlumba menimbulkan kemarahan penduduk kerana bunyi enjin motosikal yang bising mengganggu mereka.

“Beberapa penduduk kampung keluar ke tepi jalan untuk melihat gelagat Mat Rempit itu sebelum membaling kayu ke arah mereka.

“Kayu yang dibaling dipercayai terkena seorang Mat Rempit terbabit, menyebabkan motosikalnya terbalik dan mangsa patah kaki kanan,” katanya.

Menurutnya, beberapa rakan Mat Rempit terbabit yang terkejut melihat kejadian itu melarikan diri dan meninggalkan mangsa kerana bimbang dipukul penduduk kampung.

“Apabila menyedari Mat Rempit terbabit cedera, penduduk menghubungi ambulans sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” katanya.

2 comments:

  1. Hi... i hanya nak tahu, macam mana i boleh contact Kojoe... i perlukan information tentang rempit... boleh tak?

    ReplyDelete
  2. emel me.. kojoe2kill@gmail.com

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin